Malaysia

Individu cuba rampas motosikal di Mersing adalah polis – PDRM

Polis mengesahkan individu yang cuba mencabut suis motosikal dinaiki dua remaja dalam video tular baru-baru ini merupakan anggota polis yang sedang menjalankan tugas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, kejadian berlaku berhampiran lampu isyarat di Sekolah Kebangsaan Bandar Endau, Mersing apabila anggota terbabit cuba membuat pemeriksaan terhadap motosikal yang tidak mempunyai nombor pendaftaran, telah diubah suai dan mengeluarkan bunyi bising.

Tindakan itu diambil mengikut peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Polis 1967.

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi, susulan video berdurasi 13 saat yang tular menunjukkan pelajar sekolah cuba mengelak kunci motosikal mereka ditarik seorang lelaki.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker