Indonesia belanja puluhan dolar AS dengan Trump demi elak dikenakan tarif tinggi

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencapai kesepakatan dengan Indonesia yang akan menyaksikan komitmen pembelian terbesar dari negara Asia Tenggara itu, berikutan rundingan untuk mengelak tarif yang lebih tinggi.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Indonesia komited untuk membeli AS$15 bilion dolar dalam sektor tenaga AS, AS$4.5 bilion dolar dalam produk pertanian Amerika, dan 50 pesawat Boeing.
Barangan Indonesia yang memasuki AS akan dikenakan tarif 19 peratus, kata Trump dalam satu catatan di platform Truth Socialnya.
Ini jauh di bawah paras 32 peratus yang dinyatakan presiden sebelum ini.
Pentadbiran Trump berada di bawah tekanan untuk memuktamadkan pakatan perdagangan, ketika negara-negara berunding dengan Washington untuk mengelakkan rancangan tarif presiden AS.
Sejak awal minggu lalu, Trump menghantar surat kepada negara rakan dagangnya, menetapkan tahap tarif yang akan mereka hadapi pada bulan Ogos.