Dunia

Indonesia harapkan Malaysia teruskan ‘hayat’ kereta api HSR

Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) di Indonesia yang menghubungkan antara Jakarta-Bandung mengakui kebergantungan rakyat Malaysia sebagai penyumbang jualan tiket terbesar.

Kereta api ‘Whoosh’ yang dikendalikan oleh Kereta Cepat Indonesia China (KCIC) dalam satu kenyataan memaklumkan sejak ia mula beroperasi pada 2020, lebih 200,000 penumpang merupakan rakyat Malaysia.

KCIC turut mendedahkan meskipun jumlah penumpang sudah pun mencecah ratusan ribu, perkhidmatan kereta api usaha sama antara syarikat Indonesia dan China itu mungkin akan berdepan masalah kewangan.

Berdasarkan rekod kewangan tahun sebelum ini, Konsortium yang mengendalikan Whoosh, PT Kereta Cepat Indonesia China (KCIC), telah melaporkan kerugian yang besar.

Dalam separuh pertama tahun 2024, perusahaan milik negara (BUMN) Indonesia yang terlibat mencatatkan kerugian sebanyak 221.8 juta dolar AS berkaitan dengan Whoosh.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker