Malaysia

Indonesia pertimbang buka laluan laut bagi jemaah umrah, haji

Pemerintah Indonesia bercadang untuk membuka semula laluan laut sebagai alternatif perjalanan bagi jemaah haji dan umrah, susulan lawatan Presiden Prabowo Subianto ke Arab Saudi pada awal Julai lalu.

Menteri Agama, Nasaruddin Umar memaklumkan, pihaknya sedang berunding dengan kerajaan Arab Saudi bagi menilai kemungkinan pelaksanaan cadangan ini.

Inisiatif laluan laut ini bertujuan menyediakan pilihan perjalanan yang lebih murah berbanding penerbangan, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat dari pelbagai latar belakang ekonomi menunaikan ibadah haji dan umrah.

Selain itu, ia juga membuka peluang kepada jemaah dari negara Asia lain untuk berlepas terus ke Pelabuhan Jeddah.

Nasaruddin turut menyifatkan cadangan ini bukan sahaja memberi pilihan tambahan kepada jemaah, malah bernilai strategik untuk Arab Saudi dari segi pelancongan keagamaan dan pelaburan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker