Dunia

Indonesia:Presiden Jokowi rombak Kabinet bagi peralihan kuasa

Kuala Lumpur, Ogos 19 – Presiden Indonesia Joko Widodo atau mesra dikenali sebagai Jokowi, mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik tiga menteri baharu dan seorang timbalan menteri di Istana Negara hari ini.

Difahamkan, rombakan itu bertujuan meningkatkan keberkesanan pentadbiran Jokowi, serta memastikan peralihan kuasa kepada Presiden terpilih iaitu Prabowo Subianto berjalan lancar.

Jokowi yang menghampiri penghujung penggal pemerintahan Presiden pada 20 Oktober ini, telah melantik Bahlil Lahadalia sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, menggantikan Arifin Tasrif.

Bahlil yang sebelum ini merupakan Menteri Pelaburan dan Ketua Lembaga Penyelaras Pelaburan akan digantikan oleh Rosan Roeslani yang sebelum ini Timbalan Menteri Badan Usaha Milik Negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker