Dunia

Industri robotik humanoid rancak berkembang, tawaran gaji puluhan ribu sebulan

China kini menyaksikan lonjakan permintaan dalam bidang robotik humanoid sehingga syarikat sanggup menawarkan gaji lumayan, hampir empat kali ganda lebih tinggi daripada purata gaji bandar demi menarik bakat jurutera dan pakar AI.

Menurut laporan platform pengambilan kerja Zhaopin, jurutera algoritma robot humanoid menerima gaji purata sekitar RM28,000 (31,512 yuan) sebulan, dan boleh mencecah sehingga RM34,000 (38,489 yuan) bagi mereka yang berpengalaman lebih lima tahun.

Malah, jurutera reka bentuk mekanikal dalam bidang sama turut menikmati gaji sekitar RM20,000 sebulan dan permintaan tinggi ini hadir ketika pasaran kerja China secara keseluruhan berdepan tekanan akibat kelembapan ekonomi dan kadar pengangguran belia yang masih tinggi.

Namun, sektor robotik humanoid muncul sebagai antara bidang masa depan paling rancak berkembang.

Bagi lima bulan pertama 2025, kekosongan jawatan dalam sektor ini meningkat sebanyak 409%, manakala permohonan kerja melonjak 396%, membuktikan minat dan keperluan yang semakin tinggi dalam industri ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker