Malaysia

Inflasi, harga minyak dunia dijangka memuncak susulan sekatan Selat Hormuz

Risiko inflasi dijangka meningkat apabila harga minyak mentah dunia berpotensi melonjak melebihi AS$100 kira-kira (RM471) satu tong susulan ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

CIMB Securities memberi amaran, jika Iran melaksanakan penutupan Selat Hormuz yang menjadi laluan penting perdagangan minyak global, ia boleh mengganggu bekalan tenaga dunia dan menyebabkan lonjakan harga minyak mentah Brent.

Kenaikan ini dijangka memberi kesan langsung kepada rakyat melalui peningkatan kos pengangkutan, barangan keperluan harian dan perkhidmatan lain, mencetuskan kesan domino terhadap kos sara hidup.

Walaupun negara pengeluar minyak mempunyai simpanan, kebanyakannya masih bergantung kepada Selat Hormuz untuk eksport, menjadikan krisis ini berisiko tinggi jika tidak diselesaikan secara diplomatik

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker