Malaysia

Inkues kematian Zara Qairina bermula 3 September depan

Inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir bagi menentukan punca dan siasatan sama ada terdapat unsur jenayah akan bermula 3 September depan.

Memetik laporan Berita Harian, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz yang bertindak sebagai koroner, menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes berkenaan di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini, lapor Berita Harian.

Katanya, prosiding akan berlangsung pada 3-4 September, 8-12 September, 17-19 September dan 22-30 September melibatkan 195 saksi yang telah dikenal pasti.

Peguam keluarga Zara, Hamid Ismail berkata pihaknya akan memfail permohonan untuk menjadi pihak berkepentingan dalam inkues itu supaya mereka boleh menyoal saksi yang bakal dipanggil.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara memaklumkan satu inkues akan dijalankan bagi menentukan punca dan keadaan kematian Zara, termasuk sama ada wujud unsur jenayah.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai selepas ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya dan jenazahnya digali semula pada 9 Ogos bagi membolehkan bedah siasat dijalankan susulan dakwaan kejadian buli.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker