Malaysia
Inkues: Zara Qairina mungkin lompat atau gayut sebelum meninggal dunia

Allahyarham Zara Qairina Mahathir dipercayai sama ada melompat atau bergayut sebelum ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu.
Pakar patologi forensik Dr Jessie Hiu yang menjalankan bedah siasat mendedahkan, kesimpulan itu dibuat berdasarkan kedudukan serta lokasi penemuan mangsa.
Hasil pemerhatian turut mengambil kira faktor ketinggian penghadang konkrit, palang besi melintang serta ketinggian mangsa yang memungkinkan dia memanjat dan berdiri di atas struktur tersebut.
Penjelasan itu dikemukakan dalam prosiding inkues kematian remaja berusia 13 tahun itu di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pada hari kedua perbicaraan.