IOS 18: Ciri panggilan video kecemasan terbaharu
Kuala Lumpur, Jun 17 – Telefon pintar Iphone bakal memperkenalkan ciri baharu iaitu orang ramai dapat melakukan panggilan video kecemasan menerusi iOS 18.
Menurut sumber, penguji iOS 18 beta menemukan ciri di mana bukan sahaja video boleh distrim terus kepada talian kecemasan, malah ia juga boleh menghantar video kepada mereka sekiranya diperlukan.
Pemanggil yang sesat di hutan misalnya, atau mempunyai sebarang kecemasan boleh memberi video lokasi mereka bagi memudahkan pihak penyelamat untuk dijejak.
Iphone juga mengemas kini ciri-ciri itu, dimana panggilan kecemasan kini boleh dilakukan menggunakan rangkaian yang disulitkan bagi memastikan privasi.
Ciri kecemasan ini tidak sama dengan ciri panggilan kecemasan menggunakan satelit kerana ia dilakukan secara automatik apabila mengesan pengguna peranti terlibat dalam kemalangan.