Dunia
Iran berikrar Israel terima hukuman

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menegaskan bahawa Israel akan menerima hukuman susulan tindakan ketenteraannya ke atas Iran yang turut disokong Amerika Syarikat (AS).
Kenyataan itu dimuat naik di platform X bersama imej simbolik menunjukkan tengkorak terbakar berlatarbelakangkan bangunan musnah dan simbol Bintang Daud yang terbakar, menjadi isyarat jelas mesej balas Iran terhadap Israel.
Kenyataan Khamenei hadir selepas serangan udara gabungan AS-Israel ke atas kemudahan nuklear Iran yang mencetuskan tindak balas peluru berpandu balistik serta kebimbangan terhadap perang berskala besar di Asia Barat.