Malaysia

Iran mohon Anwar nyata pendirian kepada negara Islam tidak pengaruh naratif barat

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyampaikan pendirian Iran kepada negara-negara Islam lain supaya tidak terpengaruh dengan naratif berat sebelah berhubung konflik semasa dengan Israel dan Amerika Syarikat.

Permintaan itu disuarakan dalam perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin susulan serangan udara Amerika Syarikat terhadap fasiliti nuklear utama Iran di Isfahan, Natanz dan Fordow.

Pezeshkian menyatakan kesediaan Iran untuk menghentikan sebarang tindakan ketenteraan jika Israel menghentikan serangan ke atas wilayah Palestin dan Iran.

Dalam perbualan tersebut, Anwar turut menegaskan bahawa Malaysia mengutuk keras tindakan Israel yang menyebabkan kematian orang awam, pemimpin ketenteraan dan saintis Iran, serta melanggar prinsip kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.

Malaysia kekal dengan pendirian menolak keganasan namun mengiktiraf hak sah Iran mempertahankan kedaulatan negaranya.

Anwar turut menyambut baik komitmen Iran untuk mencari penyelesaian damai melalui rundingan, dengan syarat keadilan dan kedaulatan dipelihara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker