Malaysia

Ismail Sabri cuti sakit sehingga Rabu depan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malahysia merakam keterangan doktor yang merawat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi mengetahui status kesihatan sebenar beliau.

Sumber mendedahkan sesi soal siasat berlangsung di sebuah hospital di Lembah Klang pada pagi Jumaat susulan beberapa penangguhan keterangannya atas alasan kesihatan.

Bagaimanapun, beliau sekali lagi tidak hadir ke SPRM selepas diberikan cuti sakit hingga Rabu depan.

Ismail Sabri sebelum ini telah disoal siasat selama lima jam selepas pengisytiharan hartanya pada 10 Februari.

Beberapa hari kemudian, SPRM menemui RM170 juta wang tunai dan 16 jongkong emas bernilai RM7 juta dalam serbuan, menyebabkan dua bekas pegawai kanan beliau antara empat individu ditahan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker