Malaysia

Ismail Sabri sekali lagi beri keterangan pada Rabu

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akan sekali lagi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa Ismail Sabri adalah suspek dalam siasatan ini dan bukan sekadar saksi.

Menurutnya, Ismail Sabri telah diarahkan untuk membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 dan perlu memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, beliau telah menghantar notis pengisytiharan harta kepada SPRM pada 10 Februari lalu sebelum keterangannya direkodkan pada 19 Februari.

Pada Ahad, SPRM mengesahkan telah merampas wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker