Israel bawa masuk dadah dalam misi bantuan AS-Israel, dakwa pihak berkuasa Gaza

Pihak berkuasa Gaza menggesa siasatan antarabangsa selepas pil opioid jenis oxycodone ditemui dalam bungkusan tepung bantuan yang diagihkan oleh Gaza Humanitarian Foundation (GHF), sebuah organisasi dikendalikan AS-Israel.
Menurut pejabat media kerajaan Gaza, sekurang-kurangnya empat penduduk mendapati pil tersebut dalam pek makanan yang diterima. Terdapat juga dakwaan bahan narkotik itu dihancurkan atau dicampur terus ke dalam tepung.
Oxycodone adalah ubat penahan sakit kuat yang lazimnya digunakan untuk pesakit kanser, tetapi berisiko tinggi menyebabkan ketagihan serta kesan sampingan serius termasuk halusinasi dan gangguan pernafasan.
Pihak berkuasa Gaza menuduh Israel menyalahgunakan sekatan dan operasi bantuan untuk menyeludup bahan terlarang ke wilayah terkepung, sambil menyifatkan pusat bantuan GHF sebagai perangkap yang membahayakan rakyat Palestin.