Dunia

Israel gesa IPC tarik balik laporan kebuluran Gaza

Israel pada Rabu meminta badan pemantau kelaparan global, Sistem Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC), menarik balik laporannya yang mendakwa Gaza dan kawasan sekitarnya mengalami kebuluran, sambil menyifatkan penilaian itu penuh kesilapan.

Tindakan itu dibuat beberapa jam sebelum mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) di New York, di mana 14 daripada 15 anggota mengeluarkan kenyataan bersama menggambarkan kebuluran di Gaza sebagai krisis buatan manusia.

Kenyataan tersebut turut menegaskan larangan penggunaan kelaparan sebagai senjata perang, menggesa gencatan senjata segera dan tanpa syarat, pembebasan tebusan serta penarikan sekatan Israel terhadap bantuan kemanusiaan.

Menurut IPC minggu lalu, hampir 514,000 orang atau 25 peratus penduduk Gaza kini mengalami kebuluran, dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 641,000 menjelang akhir September.

Israel mempertikaikan dapatan tersebut dan menuduh badan itu menyimpang daripada piawaian serta memanipulasi data, malah memberi amaran akan mendesak penderma menghentikan pembiayaan sekiranya semakan baharu tidak dikeluarkan dalam tempoh dua minggu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker