Dunia

Israel tuduh Palestin punca kebakaran, mohon dunia hulur bantuan

Ketika kebakaran hutan besar melanda Israel sehingga memaksa ribuan penduduk berpindah, pemimpinnya dengan penuh yakin menyalahkan Palestin walaupun tiada bukti yang sahih.

Namun apa yang jelas, kebakaran yang dianggap antara yang terbesar dalam sejarah Israel itu memberi bukti betapa lemahnya negara itu dalam menguruskan bencana alam.

Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir menuduh warga Palestin sebagai dalang kebakaran dan malah menyeru hukuman mati ke atas mereka.

Malah apa yang lebih menjadi perhatian, pihak bomba sendiri mengakui mereka tidak tahu punca sebenar kebakaran dan masih berusaha mengawalnya.

Tindakan Israel mengundang sindiran ramai apabila turut merayu bantuan negara luar selepas hutan berkeluasan 20,000 hektar musnah terbakar dengan cuaca terus memburuk.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker