Isu 3R: KPN beri amaran keras tidak api-apikan sentimen

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, menegaskan bahawa sebarang bentuk provokasi, penghinaan agama, dan isu sensitif 3R (Race, Religion & Royalty) di media sosial tidak akan diterima sama sekali.
Beliau memberi amaran keras kepada individu yang terlibat agar segera menghentikan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengancam keamanan negara.
Menteri turut menggesa PDRM dan MCMC mengambil tindakan tegas di bawah Seksyen 298, 504, dan 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memastikan pelaku dikenakan hukuman sewajarnya.
Tegasnya, semua pihak harus segera berhenti daripada mengapi-apikan sentimen yang boleh menjejaskan keharmonian negara dan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang mencetuskan perpecahan.
Beliau turut menggesa PDRM dan MCMC untuk mengambil tindakan tegas di bawah undang-undang sedia ada bagi memastikan keselamatan serta perpaduan negara terpelihara.