Malaysia
Isu 3R tidak seharusnya berulang – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa isu 3R (Raja, Bangsa, dan Agama) tidak seharusnya dijadikan polemik kerana ia boleh menggugat keharmonian negara.
Beliau mengingatkan semua pihak agar mengelakkan sebarang kenyataan atau tindakan yang menyentuh sensitiviti agama lain serta mengutamakan sikap hormat-menghormati dalam masyarakat.
Perdana Menteri turut menekankan kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara sebagai asas perpaduan bagi memastikan keharmonian dan kestabilan negara terus terpelihara.