Malaysia

Isu bendera terbalik: Akmal akan turun ke P.Pinang pada Khamis jika tiada tindakan diambil

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menggesa pihak pendakwa raya mengambil tindakan terhadap individu yang mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Beliau memberi tempoh dua hari untuk pendakwaan dibuat selepas kertas siasatan diserahkan oleh polis, yang menyiasat kes itu di bawah Akta Lambang, Akta Kesalahan Kecil dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menurutnya, jika tiada tindakan diambil dalam tempoh tersebut, beliau sendiri akan memberi pengajaran sebagai tanda bantahan dan memberi tunjuk ajar kepada individu berkenaan tentang cara memasang bendera dengan betul.

Akmal menegaskan tindakan tegas diperlukan bagi memastikan perbuatan yang dianggap tidak menghormati simbol negara itu tidak berulang.

Terdahulu, pemilik kedai itu berkata dia sedang mengukur panjang sebatang tiang besi sambil menggantung bendera, dan tidak menyedari bahawa bendera itu terbalik.

Lelaki itu mendakwa, dia segera membetulkan kesilapan itu setelah menyedarinya.

Dia juga memohon maaf atas kesilapan tersebut dan membuat laporan di balai polis Kepala Batas untuk memberikan penjelasan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker