Malaysia

Isu Jalur Gemilang: KPN nasihat batal himpunan di Bertam hari ini 

Perhimpunan yang dijadualkan di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini dinasihat supaya dibatalkan bagi mengelakkan pertembungan yang tidak sihat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, ia juga bagi memastikan keselamatan masyarakat setempat terpelihara.

Mohd Khalid berkata, PDRM telah menjalankan siasatan berhubung isu pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ia selepas pihaknya menerima 38 laporan di seluruh negara, dengan 17 daripadanya diterima di Pulau Pinang dan 21 lagi di negeri lain.

Namun kenyataan terbaharu Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh di Facebook memaklumkan, mereka hanya ke sana untuk melihat bendera besar dan menikmati nasi kandar Pulau Pinang.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker