Malaysia

Isu Jalur Gemilang: Menteri Komunikasi wajib ambil tindakan – Akmal Saleh

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap akhbar Sin Chew Daily susulan penerbitan imej Jalur Gemilang tanpa lambang bulan sabit baru-baru ini.

Tegasnya, tindakan memohon maaf dan tidak dikenakan sebarang tindakan seperti tidak munasabah kerana bagaimana bendera negara China boleh dicetak dengan betul tetapi Jalur Gemilang boleh dicetak dengan tidak cukup sifat, sedangkan ia syarikat akhbar milik Malaysia.

“Saya minta yang berhormat Menteri Komunikasi mesti wajib ambil tindakan kepada Sin Chew Daily ini. Kita tidak boleh biarkan perkara-perkara ini berlarutan, nanti orang dah buat salah terus minta maaf, habis selesai begitu saja.

“Ia tidak boleh dengan hanya minta maaf, ia mesti dikenakan tindakan yang berat supaya ia boleh memberi pengajaran kepada oran lain supaya lebih berhati-hati.

“Ini isu yang cukup serius, isu melibatkan kedaulatan, saya mohon Fahmi Fadzil ambil tindakan terhadap Sin Chew Daily,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii turut menyuarakan kebimbangan dan mencadangkan agar lesen penyiaran Sin Chew Daily ditarik serta-merta.

Baginya, kehilangan lambang bulan sabit bukan sekadar kesilapan teknikal, sebaliknya menyentuh asas kenegaraan dan maruah negara.

UMNO berpandangan bahawa Jalur Gemilang adalah simbol kedaulatan, perpaduan dan identiti Malaysia.

Oleh itu, sebarang tindakan yang memperlekeh atau memanipulasinya perlu diberi hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada pihak lain.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker