Malaysia

Isu pendidikan jadi keutamaan utama di Jeram Padang – Sanjeevan

Penyelaras Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Jeram Padang, Datuk Seri Sanjeevan menegaskan bahawa fokus utamanya adalah menyelesaikan isu-isu tempatan melibatkan infrastruktur, peluang pekerjaan, dan pendidikan berbanding retorik politik semata-mata.

Menurut beliau, kawasan Jeram Padang masih kurang membangun dengan banyak isu asas seperti jalan raya, kemudahan sekolah dan kekurangan peluang pekerjaan akibat ketiadaan industri di kawasan itu.

Beliau yang hadir pada majlis perasmian Penyelaras PN Jeram Padang yang dirasmikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu memaklumkan bahawa pendidikan akan menjadi agenda utama beliau, tanpa mengira kaum atau agama.

Tambahnya, setiap keluarga perlukan sekurang-kurangnya seorang graduan untuk mengubah masa depan mereka dan untuk itu pihaknya akan memulakan kelas tuisyen percuma untuk pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5, khusus untuk mereka yang tak mampu bayar.

Rata-rata penduduk di kawasan Jempol yang hadir pada majlis yang disekalikan dengan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersatu Jempol itu turut menyambut baik pembinaan pejabat yang dilihat mampu menjadikan suara mereka lebih didengari dan kebajikan rakyat setempat lebih terbela.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker