Malaysia

Isu sijil halal:Teresa kok dijangka beri keterengan esok di Bukit Aman

Kuala Lumpur, Sept 9 – Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dijangka beri keterangan berhubung siasatan isu pensijilan halal kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok.

Menurut sumber, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan Teresa Kok dijangka diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada 10 pagi esok.

Katanya, beberapa saksi lain juga akan dipanggil bagi membantu siasatan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Semalam, polis menerima lima laporan terhadap Teresa berhubung kenyataannya membabitkan isu pensijilan halal yang dikatakan membebankan peniaga-peniaga di Malaysia.

Oleh itu, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan selain Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan siasatan akan dilakukan mengikut SOP membabitkan isu berkaitan raja, agama dan kaum iaitu 3R.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker