Malaysia

IWK:Tanah Jerlus Kampung Kerinchi bukan berpunca daripada paip pembentungan awam

Kuala Lumpur, Ogos 30 – Indah Water Konsortium (IWK) mengesahkan kejadian tanah jerlus di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, pada Isnin lalu bukan berpunca daripada paip pembentungan syarikat berkenaan.

Menurut satu kenyataan IWK hari ini, puhaknya telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian dan mendapati aliran air kumbahan di paip pembetungan itu berjalan lancar seperti biasa.

“Pemeriksaan lanjut telah dibuat petang semalam dengan menggunakan kaedah kamera litar tertutup (CCTV) dan hasil siasatan mendapati bahawa paip dan lurang pembetungan awam berada dalam keadaan baik dan tiada tanda-tanda kerosakan dikenal pasti,” kata kenyataan itu.

Pihaknya berpendapat kejadian itu berlaku akibat faktor lain yang memerlukan penyiasatan terperinci oleh agensi berkaitan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker