Jakarta: Suami tikam,bunuh isteri kerana diabai ketika sakit

Kuala Lumpur, Sept 9 – Seorang lelaki ditahan polis Jakarta Selatan, dipercayai menikam dan membunuh isterinya menggunakan pisau dalam kejadian di Jalan Sepat, Kecamatan Pasar Minggu pada 4 September lalu.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam Metro Jakarta Selatan, AKP Nurma Dewi, berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang tidur di bilik sewanya.
“Suspek menikam mangsa sebanyak enam kali, iaitu lima di bahagian perut dan satu di paha mangsa,” katanya kepada wartawan baru-baru ini.
Mangsa dikerjakan ke hospital bagaimanapun dia tidak dapat diselamatkan dan punca kejadian, difahamkan suspek terasa hati dengan mangsa yang seolah-olah mengabaikannya ketika dia sedang sakit.
Katanya lagi, anak-anak suspek kini mengalami trauma kerana menyaksikan kejadian tersebut,kini suspek disoal siasat oleh Unit Pelayanan Perempuan dan Anak (PPA) Polres Jakarta Selatan untuk keterangan secara terperinci.