Malaysia

Jalan gelap punca Alza rempuh gajah di Kota Tinggi

Sebuah Perodua Alza remuk dibahagian hadapan selepas merempuh seekor gajah dalam satu kemalangan di Jalan Mawai, Kota Tinggi pada Selasa.

Difahamkan, kemalangan berlaku di laluan gelap yang tidak dilengkapi dengan kemudahan lampu jalan.

Kejadian itu juga bukanlah insiden pertama melibatkan kenderaan dan gajah di kawasan berkenaan yang menjadi laluan haiwan liar itu melintas.

Terdahulu, tular rakaman kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan haiwan dipercayai gajah liar di laluan terbabit dimana turut kedengaran bunyi suara gajah yang disyaki dilanggar.

Insiden berlaku ketika rakyat Malaysia masih terkesan dengan insiden menyayat hati seekor ibu gajah yang dilihat setia menunggu anaknya yang mati dilanggar lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada hujung minggu lepas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker