Malaysia

Jalur Gemilang lambang kedaulatan, jangan dibuat main – Agong

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan kebimbangan terhadap insiden kesilapan paparan Jalur Gemilang tanpa lambang bulan sabit dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina, menyifatkan ia sebagai tidak boleh diterima dan berpotensi mencetuskan sensitiviti rakyat.

Baginda menegaskan bahawa bendera bukan sekadar kain berwarna-warni, tetapi simbol kedaulatan, sejarah perjuangan, serta identiti sesebuah negara.

Titah Baginda, rakyat seharusnya mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kebanggaan dan semangat patriotik, lebih-lebih lagi dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.

Sehubungan itu, Baginda mengingatkan pihak pengurusan dan jabatan editorial akhbar supaya lebih bertanggungjawab, memastikan sebarang bahan siaran disemak teliti sebelum diterbitkan agar tidak mencetuskan kekeliruan atau menghina simbol negara.

Terdahulu, syarikat akhbar Sin Chew Daily telah memohon maaf atas ilustrasi di muka depannya yang mempunyai kesilapan apabila Jalur Gemilang tidak mempunyai anak bulan.

Dalam satu kenyataan, akhbar berbahasa Cina itu mengaitkannya dengan “kesilapan teknikal”.

Ia berkata, versi digital ilustrasi itu telah dipinda serta-merta, dan versi yang dipinda akan diterbitkan semula hari ini dalam cetakan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker