Malaysia
Jangan ceroboh tanah Pahang, titah Al-Sultan Abdullah

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menegaskan agar pencerobohan tanah di negeri itu tidak berlaku sewenang-wenangnya dan tindakan perlu diambil terhadap pihak terlibat.
Baginda turut menyeru rakyat menyalurkan maklumat berkaitan isu tersebut dan mahu penyelesaiannya dilakukan secara harmoni.
Sebelum ini, operasi penguatkuasaan di kebun durian di Raub telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat apabila pekebun didakwa menunjukkan ketidakpuasan hati kerana tanaman mereka dimusnahkan.
Kerajaan Pahang juga menafikan telah melanggar perintah mahkamah dengan menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau, Raub pada 8 April lepas.