Malaysia

“Jangan cuba jadi jaguh, tidak boleh bayang saya sebagai PM robohkan kuil”

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pihak yang cuba menjadi ‘jaguh’ dalam isu perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Beliau mendakwa terdapat individu, termasuk peguam yang tidak terlibat dalam kegiatan agama Hindu, membuat kenyataan provokatif seolah-olah mahu merobohkan kuil tersebut.

Anwar pada masa sama tidak boleh membayangkan dirinya sebagai Perdana Menteri merobohkan mana-mana kuil atau rumah ibadat agama lain.

Menurutnya, tanah kuil itu dimiliki pihak swasta sejak 2012, dan pemilik telah bersetuju memberi bantuan, sementara DBKL telah mengenal pasti tapak baharu bagi memastikan penyelesaian yang harmoni.

Anwar turut menyeru semua pihak agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan, sebaliknya memberi ruang kepada perbincangan yang sedang berjalan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker