
Kuala Lumpur, Sept 27 – Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia akan terus berusaha mendapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura, walaupun ditolak tiga kali berturut.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata pihaknya telah memohon lesen sebanyak tiga kali untuk beroperasi ke Singapura, tetapi ditolak.
Tony turut menjawab soalan pemberita mengenai hantaran beliau di LinkedIn tentang SIA Engineering Company (SIAEC), dan menjelaskan tidak mempunyai masalah untuk syarikat itu datang ke Malaysia.
Difahamkan, syarikat SIAEC telah menandatangani perjanjian sebanyak 15 tahun dengan anak syarikat Khazanah Nasional, Impeccable Vintage Properties untuk menyewa dua hangar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
Beliau berkata demikian selepas perasmian besar-besaran hangar 14 barisan bagi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih Asia Digital Engineering (ADE) di Sepang semalam.