Malaysia
“Jangan ugut keluar BN ketika gabungan sedang pulih” – Zahid ingatkan parti komponen

Selayang, 13 Julai –
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan parti komponen BN agar tidak mengugut untuk keluar ketika gabungan itu sedang pulih.
Beliau berkata, UMNO tidak pernah meminggirkan rakan seperti MCA, MIC dan PBRS. Sebaliknya, parti itu sentiasa bersedia untuk memperkukuh kerjasama.
Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Selayang.
Namun, beliau tidak menamakan parti mana yang membuat ugutan itu.