Malaysia

Jangka hayat rakyat Malaysia meningkat, KWSP perbaharui sistem persaraan

Peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia mendorong Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperbaharui sistem persaraan negara, selaras dengan corak kerja moden dan realiti umur yang semakin panjang.

Jangka hayat kini mencecah 75 tahun berbanding 54 tahun pada 1950-an, dan dijangka meningkat lagi kepada 81 tahun menjelang 2050.

Namun, hanya 36% ahli KWSP berumur 55 tahun mempunyai simpanan minimum RM240,000, cukup untuk menampung perbelanjaan RM1,000 sebulan selama 20 tahun.

Perubahan landskap pekerjaan termasuk lonjakan pekerja gig, kerjaya berganda, dan kerja tidak formal menjadikan model persaraan tradisional tidak lagi relevan.

Hampir 40 peratus tenaga kerja negara masih belum mempunyai perlindungan persaraan yang kukuh.

KWSP kini sedang meneliti langkah untuk memodenkan mekanisme simpanan, memudahkan sistem pengeluaran, dan memperluas liputan kepada lebih ramai golongan pekerja.

Fokus turut diberikan kepada aspek penting seperti penjagaan kesihatan mampu milik, pendapatan munasabah dan sokongan digital bagi membantu rakyat menikmati persaraan yang lebih sejahtera.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker