Jeff Bezos bukan lagi individu kedua terkaya di dunia selepas Elon Musk

Pengasas Meta, Mark Zuckerberg kini mengatasi Jeff Bezos sebagai individu kedua terkaya di dunia, menurut Bloomberg Billionaires Index.
Nilai kekayaan Zuckerberg melonjak kepada AS$212 bilion selepas saham Meta naik lebih 16% bulan lalu, manakala Bezos mencatatkan kekayaan AS$209 bilion dengan kenaikan saham Amazon hanya sekitar 6.3%.
Pada 5 Mei lepas, Zuckerberg menambah AS$846 juta kepada kekayaannya, berbanding Bezos yang kehilangan AS$2.9 bilion.
Meta turut mencatat prestasi kukuh dengan hasil suku pertama berjumlah AS$42.31 bilion, mengatasi jangkaan penganalisis.
Sementara itu, Elon Musk kekal di tangga teratas dengan kekayaan mencecah AS$331 bilion, sebahagiannya hasil lonjakan saham Tesla selepas beliau umum akan mengurangkan komitmen terhadap hal ehwal kerajaan mulai Mei.