Malaysia

Jenayah indeks di Kelantan menurun, hasil penguatkuasaan konsisten – Polis

Usaha berterusan polis Kelantan dalam melaksanakan operasi pencegahan jenayah mula menunjukkan impak positif apabila kadar jenayah indeks di negeri itu menurun sebanyak 14.3 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan, penurunan sebanyak 162 kes itu menjadikan jumlah keseluruhan jenayah indeks yang dilaporkan adalah 967 kes, berbanding 1,129 kes dalam separuh pertama tahun 2024.

Situasi ini menggambarkan tahap keselamatan di Kelantan kekal terkawal dan stabil hasil penguatkuasaan yang konsisten.

Namun begitu, beberapa kategori jenayah kekerasan menunjukkan peningkatan, antaranya kes rogol, samun bersenjata api dan kes menyebabkan kecederaan.

Namun, ancaman dadah kekal menjadi isu utama yang memerlukan perhatian serius, memandangkan permintaan dan penawaran bahan terlarang itu terus berleluasa dalam masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker