Malaysia
Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Pekan, Pahang
Kuala Lumpur, Julai 18 – Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di Pekan, Pahang pada jam 5.20 petang tadi.
Difahamkan tanah perkuburan berkenaan dipilih keluarga mangsa sebagai tempat pengebumian kerana berhampiran kampung kakak ipar Allahyarham.
Katanya, Van membawa jenazah diiringi keluarga dan rakan Allahyarham tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis jam 4:55 petang.
Terdahulu, media laporkan mayat mangsa ditemui di ladang sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, Selangor kira-kira jam 6 petang, pada Isnin lalu.