Malaysia

Jepun lancar satelit kayu pertama di dunia, untuk penerokaan bulan,Marikh

Kuala Lumpur, Nov 6 – Jepun telah melancarkan satelit kayu pertama di dunia ke angkasa semalam.

Satelit is dinamakan sebagai LignoSat sempena perkataan
Latin, yang dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy milik NASA di Amerika Syarikat dengan menaiki roket SpaceX menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Difahamkan,satelit ini akan digunakan untuk penerokaan Marikh dan bulan.

LignoSat, yang dibangunkan dengan hasil kerjasama Universiti Kyoto dan syarikat pembinaan rumah Sumitomo Forestry, bersaiz sebesar tapak tangan untuk menunjukkan potensi kosmik bahan yang boleh diperbaharui semasa manusia meneroka kehidupan di angkasa lepas.

Satelit bersaiz kecil ini akan kekal di orbit selama enam bulan, sebaik sahaja dilancarkan ke angkasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker