Malaysia

Jeritan isteri gagalkan cubaan samun bersenjata di Puncak Alam

Polis sedang memburu dua lelaki bersenjata parang yang disyaki cuba menyamun dua rumah di Jalan Alam Suria, Seksyen 16, Puncak Alam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, suspek dilihat oleh seorang lelaki berusia 44 tahun di belakang rumahnya kira-kira jam 11 malam, Sabtu lepas.

Mereka mengacukan parang ke arah pengadu dan isteri sebelum melarikan diri selepas isterinya menjerit.

Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman CCTV tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran dan identiti pemberi maklumat bakal dirahsiakan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker