JIM Serbu: Layanan ‘super VIP’ dalam bilik karaoke, berharga RM16,000 bersama GRO
Kuala Lumpur, Ogos 9 – Sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur yang menyediakan bilik karaoke ‘super VIP’ dipercayai mengenakan bayaran sehingga RM16,000, telah diserbu
oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Menerusi Operasi Op Gegar difahamkan, bilik VIP itu dikhaskan hanya untuk pengunjung tetap selain dilengkapi dengan layanan wanita warga asing sebagai teman menyanyi dan minum.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 50 individu diperiksa dalam serbuan berkenaan.
Susulan itu, 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk sembilan wanita berusia lingkungan 20 hingga 43 tahun ditahan.
“Wanita yang ditahan itu disyaki gadis pelayan pelanggan (GRO), manakala lelaki pula merupakan pekerja di premis berkenaan.
Mengulas lanjut, kesemua tangkapan dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.