Malaysia
Johor dilanda gempa bumi kelapan dalam dua minggu

Satu gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter dikesan melanda kawasan Sri Medan, Parit Sulong, Batu Pahat, pada 6.39 petang Rabu.
Menurut laman sesawang myGempa Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gegaran berada di koordinat 1.95 darjah Utara dan 102.99 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.
Bagaimanapun, tiada sebarang laporan kerosakan atau gegaran kuat diterima setakat ini.