Malaysia

Jojo memang suka bermegah dengan kelebihannya – Ibu Johan Ghazali             

Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali atau Jojo, sering menjadi perhatian bukan sahaja kerana prestasi cemerlang di gelanggang tetapi juga kerana personaliti lantangnya.

Ramai menuduhnya semakin sombong selepas populariti melonjak, namun ibunya, Jennana Johnson, menegaskan sikap itu sudah sebati dengan Jojo sejak kecil.

Dalam kenyataan menerusi akaun Facebook Muaythai Malaysia, Jennana mendedahkan Jojo memang gemar menonjolkan diri dan bermegah dengan segala kelebihannya.

Dari kecil, Jojo sememangnya suka ‘overdress’, celupar ketika berbicara, dan tidak pernah takut mencuri perhatian sehinggakan sifat atlet berusia 18 tahun itu yang penuh keyakinan sering disalah tafsir sebagai sombong.

Malah, semangat itulah yang membentuk karekter Jojo sehingga digelar antara bintang muda paling menyerlah dalam arena muay thai negara.

Walaupun sikapnya membuatkan orang ramai sama ada menyayanginya atau membencinya tanpa pertengahan, ibunya percaya Jojo akan terus berdiri dengan kepercayaan penuh terhadap dirinya sendiri.

Sebelum ini, Jojo menyatakan dirinya bersedia membuktikan kemampuan sebenar apabila kembali beraksi pada ONE Fight Night 35 di Stadium Lumpinee, Bangkok, 5 September ini.

Atlet berusia 18 tahun itu bakal menentang wakil Maghribi, Zakaria El Jamari dalam pertarungan muay thai kategori ‘flyweight’, dengan misi untuk bangkit selepas tewas tipis kepada lawan Colombia-Amerika, Diego Paez pada Jun lalu.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker