Malaysia

 JPA: Kelayakan minimum ditetapkan pada SPM

Kuala Lumpur, Sept 14 – Selaras dengan perubahan dasar pendidikan negara, had kelayakan minimum bagi kemasukan perkhidmatan awam kini ditetapkan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sebanyak 11 skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dinaik taraf kepada skim perkhidmatan berkelayakan SPM.

Menurut Pekeliling SSPA, bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, skim perkhidmatan terlibat ialah pengawas hutan dengan gred jawatan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan pembantu hidupan liar, masing-masing gred G11 dan G14.

Turut terlibat pemandu kenderaan, pemandu atau operator jentera pemunggah, pembantu awam serta operator loji, pengawal keselamatan,pembantu perawatan kesihatan serta bentara Parlimen, penghantar notis dan pembantu operasi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker