Malaysia

JPJ keluarkan siri nombor pendaftaran “SIS” bermula 15 Ogos

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka bidaan awam bagi Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri “SIS” bermula 15 hingga 19 Ogos ini.

Ia adalah bersempena sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 2026.

Siri “SIS” yang membawa maksud Sultan Idris Shah itu adalah penghormatan kepada Sultan Selangor kesembilan yang memerintah sejak 2001.

Bidaan akan dijalankan secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid mengikut terma dan syarat sedia ada, dengan keputusan diumumkan pada 20 Ogos.

Nombor pendaftaran yang berjaya dibida perlu didaftarkan pada kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh keputusan rasmi.

Menurut Selangor Royal Office, bidaan ini juga bersempena ulang tahun ke-80 keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Disember.

Harga bidaan akan bermula mengikut kadar minimum yang ditetapkan JPJ.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker