JPJ:Lebih 28 juta transaksi direkod dalam tempoh sebulan

Kuala Lumpur, Ogos 15 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan lebih RM28 juta hasil kutipan menerusi aplikasi digital MyJPJ bulan lalu iaitu sebulan selepas transaksi dalam talian diperkenalkan pada Jun.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, jumlah bayaran yang diperolehi selepas kaedah pembayaran ‘Payment Gateway’ (FPX) diperkenalkan itu adalah sembilan kali ganda daripada kutipan hasil menerusi portal MySikap iaitu lebih RM3 juta dalam tempoh sama.
Beliau turut berkata pengunaan digital ini mengurangkan bilangan orang ke kaunter atau pejabat POS untuk memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
Mengulas, Aedy Fadly berkata, sehingga semalam, lebih 12.7 juta pengguna memuat naik aplikasi MyJPJ sejak ia diperkenalkan pada Febuari tahun lalu.