Kuala Lumpur, Sept 26 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan hantaran tular yang membabitkan pemberian bantuan wang tunai sebanyak RM700 yang dibuat oleh pihaknya.
JPN menerusi satu kenyataan, memaklumkan hantaran itu dibuat pemilik akaun di platform TikTok itu adalah palsu.
“Sebarang maklumat berhubung bantuan kewangan oleh kerajaan, ia boleh disemak di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (bantuantunai.hasil.gov.my),” katanya dalam kenyataan itu.
JPN turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan hantaran sebegitu serta jangan sesekali menekan pautan yang tidak pasti.