Malaysia

JPN tolak dakwaan beberapa warga Pakistan diberi kad pengenalan biru

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan tular kononnya beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru secara tidak sah, dengan menyatakan isu tersebut merupakan aduan lama yang ditularkan semula.

Dalam satu kenyataan, JPN menjelaskan bahawa tindakan perundangan telah diambil terhadap individu bernama Mohd Izaz Abit yang menggunakan sijil kelahiran orang lain untuk mendapatkan MyKad.

Kad pengenalan tersebut juga telah dirampas selepas individu dan penganjur permohonan mengaku terlibat.

JPN turut mengesahkan bahawa beberapa individu lain yang ditularkan termasuk Abd Rauf Hamzah, Mohd Abzah Ulamai Dar dan Said Bashar Shah Zadar adalah warganegara Malaysia secara sah.

Mengulas lanjut, JPN menegaskan bahawa semua permohonan kewarganegaraan tertakluk kepada syarat ketat di bawah Perlembagaan dan undang-undang berkaitan, termasuk aspek perkahwinan, pengangkatan serta peraturan imigresen.

JPN juga menegaskan bahawa Malaysia tidak memberikan kewarganegaraan secara sewenang-wenangnya, dan proses pertimbangan dibuat secara telus dan berlandaskan undang-undang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker