Malaysia

JRTB Gerik-Jeli bakal diterangi 385 unit lampu solar

Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memasang sebanyak 385 unit lampu jalan jenis solar di sepanjang laluan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik dan Jeli.

Memetik laporan Sinar Harian, inisiatif ini termasuk pemasangan di kawasan berhampiran lokasi kemalangan tragis yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini.

Menurut JKR Perak, keputusan tender bagi pemasangan lampu-lampu ini dijangka dimuktamadkan pada bulan Julai ini.

Usaha ini dilihat sebagai langkah proaktif pihak berkuasa dalam meningkatkan keselamatan jalan, terutama di laluan yang sering digunakan dan berisiko tinggi.

Walau bagaimanapun, siasatan awal pihak polis mendapati punca sebenar kemalangan bukanlah disebabkan ketiadaan lampu jalan atau keadaan jalan yang gelap.

Sebaliknya, faktor kelajuan kenderaan dikenal pasti sebagai penyebab utama tragedi tersebut.

Terdahulu, seramai 15 orang disahkan maut dalam satu kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker