Jumlah migrasi turun mendadak, majoriti rakyat India, Pakistan tinggalkan UK

Jumlah migrasi bersih ke United Kingdom (UK) mencatat penurunan ketara pada tahun 2024, susut kepada 431,000 berbanding 860,000 pada tahun sebelumnya, menurut data rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).
Penurunan ini dipengaruhi oleh pengurangan ketara kemasukan warga asing yang datang melalui visa kerja dan pengajian, susulan pelaksanaan peraturan baharu yang bertujuan mengawal jumlah kemasukan ke negara itu.
ONS memaklumkan bahawa kebanyakan pengurangan ini melibatkan warga dari negara bukan EU+, iaitu negara di luar Kesatuan Eropah termasuk Norway, Iceland dan Switzerland.
Ramai dalam kalangan mereka adalah dari India, Nigeria dan Pakistan, khususnya pelajar antarabangsa yang mula meninggalkan UK selepas sekatan perjalanan era pandemik dilonggarkan.
Perkembangan ini memberi sedikit kelegaan kepada Perdana Menteri Keir Starmer yang dilantik pada Julai 2024 dan telah berikrar untuk mengurangkan migrasi dalam tempoh empat tahun.
Sebagai perbandingan, migrasi bersih ke UK pernah mencapai rekod tertinggi sebanyak 906,000 dalam tempoh setahun sehingga Jun 2023.