Malaysia

Jumlah pengundi PRK Ayer Kuning masih rendah, masih belum cecah 50%

Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Ayer Kuning dilaporkan berjalan lancar dan terkawal di semua pusat mengundi sejak pagi tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, sehingga pukul 11 pagi, peratusan keluar mengundi hanya mencatatkan 26.36 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar.

Katanya angka ini agak rendah dan untuk itu, beliau memohon semua pengundi di Ayer Kuning agar keluar lebih awal untuk mengundi kerana bimbang berlakunya hujan pada sebelah petang.

Tambahnya, setakat ini 36 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya telah diterima, kebanyakannya membabitkan bahan kempen. Daripada jumlah itu, lima laporan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker