Malaysia

Jupem: 5 lokasi dijangka naik air, fenomena air pasang, mulai 17-20 Oktober, termasuk Stesen KTM Pelabuhan Klang

Kuala Lumpur, Oct 17 – Lima lokasi dalam negara dijangka dinaiki air laut ekoran fenomena air pasang mulai esok hingga 20 Oktober ini.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) menerusi satu kenyataaan berkata kawasan di sebelah barat Semenanjung Malaysia akan mengalami fenomena air pasang yang ekstrem.

Antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk Pekan Jeti Kuala Kedah, Kukup International Ferry Terminal, Pontian, Johor dan di Selangor pulatermasuk Kampung Bagan Pasir di Tanjong Karang serta Jeti Sky Mirror di Kuala Selangor.

“Selain itu, Jeti Pulau Ketam dan Stesen KTM Pelabuhan Klang juga berada dalam senarai kawasan yang berisiko menghadapi kenaikan paras air laut,” katanya.

Kenyataan itu turut menyatakan, fenomena air pasang ekstrem kali ini dijangka lebih teruk, akibat berlaku serentak dengan kejadian perigee dan supermoon.

Orang ramai dinasihat untuk berhati-hati dan melakukan persediaan awal menghadapi fenomena ekstream ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker